Baca Juga : Panduan dan syarat pengeluaran KWSP buat rumah
Kali ini kami akan kongsikan dengan anda panduan/cara pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) apabila anda mencapai umur 50 tahun.
Proses Pengeluaran KWSP Umur 50 Tahun
Di bawah adalah panduan mengenai proses dan cara untuk memohon pengeluaran wang KWSP anda pada umur 50 tahun.
Panduan ini boleh menjadi rujukan anda, dan pada ketika panduan ini ditulis maklumatnya adalah tepat kerana ianya berdasarkan apa yang dikeluarkan oleh KWSP melalui laman website rasmi online mereka sendiri.
Pengeluaran kesemua atau sebahagian simpanan dari Akaun 2 apabila ahli mencapai umur 50 Tahun.
Kelayakan Memohon
- Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU bukan Warganegara Malaysia.
- Ahli berumur di antara 50 Tahun hingga umur 54 Tahun
- Ahli mempunyai simpanan dalam Akaun 2.
Syarat Dan Kelayakan Pengeluaran
- Permohonan sekali sahaja
- Mempunyai pilihan pengeluaran sama ada:
- Semua Simpanan- Mengeluarkan kesemua simpanan secara sekaligus dari Akaun 2
- Sebahagian Simpanan – Mengeluarkan sebahagian simpanan dari Akaun 2
- Permohonan boleh dibuat 1 bulan lebih awal sebelum ahli mencapai umur 50 tahun
Baca juga : Cara - Cara Daftar I-Akaun KWSP Online
Kaedah Bayaran
- Bayaran Dalam Malaysia – Bayaran pengeluaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank ahli dengan syarat :
- Ahli mempunyai akaun bank yang aktif dengan panel KWSP yang dilantik; DAN
- Nombor pengenalan diri ahli adalah sama dengan rekod bank
- Bayaran dibuat dalam matawang Ringgit Malaysia (RM)
- Sekiranya bayaran tidak Berjaya dikreditkan ke dalam akaun bank ahli, bayaran akan dibuat melalui Cek Jurubank
- Bayaran Luar Malaysia – Bayaran adalah melalui Draf Bank Asing. Jenis matawang adalah seperti berikut :
- Matawang asing mengikut pilihan ahli di dalam borang permohonan dengan syarat matawang tersebut ada disenaraikan oleh KWSP bagi tujuan bayaran secara Draf Bank Asing; ATAU
- Dalam matawang US Dollar sekiranya jenis matawang yang dipohon oleh ahli dalam borang permohonan tiada dalam senarai KWSP bagi tujuan bayaran secara Draf Bank Asing
Dokumen Diperlukan
- Permohonan Di Kaunter
- Pemegang MyKad
- Hanya kemukakan MyKad. Permohonan diproses secara Hassle Free, ahli tidak perlu mengisi borang permohonan
- Bukan Pemegang MyKad
- Borang Permohonan KWSP 9B (AHL)
- Dokumen pengenalan diri (asal dan salinan)
- Borang KWSP 3 (Pindaan) – jika pengecaman cap ibu jari (CIJ) gagal
- Maklumat Akaun Bank (Ahli digalakkan membawa buku akaun bank atau penyata akaun bank atau salinan akaun bank semasa membuat permohonan) pengeluaran bagi memudahkan proses bayaran pengeluaran
- Pemegang MyKad
- Permohonan Melalui POS
- Borang Pengeluaran KWSP 9B (AHL)
- Salinan MyKad / dokumen pengenalan diri
- Borang KWSP 3 (pindaan) Salinan dokumen perlu disahkan oleh pegawai pengesah dibenarkan. (Lain-lain dokumen tambahan tertakluk kepada syarat dan prosedur semasa)
Dokumen Sokongan
- Sila rujuk Senarai Semak Dokumen Pengeluaran Umur 50 Tahun / 55 Tahun / 60 Tahun / Simpanan Melebihi RM1 Juta di laman web KWSP atau Pejabat KWSP untuk semua dokumen yang diperlukan
- KWSP berhak meminta apa-apa dokumen tambahan dan menolak permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan
Link Penting Berkaitan
Di bawah adalah link-link penting untuk permohonan pengeluaran KWSP umur 50 tahun. Ianya termasuklah borang pengeluaran, senarai bank panel KWSP bagi bayaran pengkreditan dan juga panduan pengesahan dokumen sokongan.
- Borang Permohonan KWSP 9B (AHL) & Senarai Semakan Dokumen
- Cara Mendaftar i-Akaun KWSP Secara Online
- Pegawai Pengesah Dokumen
- Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli
Nota: Membuat Kenyataan Tidak Betul Atau Tidak Benar Atau Mengemukakan Dokumen Palsu Sekiranya pemohon memberi kenyataan yang tidak betul atau tidak benar atau mengemukakan dokumen palsu, pemohon dianggap telah melakukan kesalahan dan sekiranya disabitkan pemohon boleh dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya [Seksyen 59, Akta KWSP 1991 (Pindaan) 2007]
0 Comments