
Tarikh pendaftaran baru dan kemaskini data bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara dalam talian dibuka bermula 1 Mac 2023 sehingga 31 Mac 2023 sahaja, keterangan bagi Kementerian Kewangan (MoF).
Ini bertujuan untuk memastikan mereka yang layak atau masih tiada dalam pangkalan data kerajaan dapat mengemukakan permohonan masing-masing selain membolehkan penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat untuk membuat pengemaskinian.
Ketika pembentangan Belanjawan 2023 pada Jumaat lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan, berkata STR 2023 akan membantu meringankan beban sara hidup hampir 9 juta penerima dengan peruntukan hampir RM8 bilion.
Tempoh Permohonan Baharu dan Kemas Kini STR: 01 Mac 2023- 31 Mac 2023*.
*Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa
Tarikh dan kaedah permohonan:
- Mulai 01 Mac 2023– Secara dalam talian (ONLINE)
- Mulai 08 Mac 2023 – Pengemukaan borang ke pejabat LHDNM berdekatan.
Baca juga : Tarikh Pembayaran STR bagi FASA KEDUA
0 Comments