Setelah hampir dua minggu bercerai, pelakon dan penyanyi Aliff Aziz memberi bayangan ingin rujuk kembali bersama bekas isterinya, Bella Astillah.
"Ya Allah satukanlah jodoh kami.
“Seandainya dia bukan jodohku, jadikanlah aku jodohnya," kata Aliff menerusi ciapan di Twitter, semalam.
Walaupun tidak menyebut secara khusus, segelintir warganet percaya doa Aliff
ditujukan buat bekas isterinya itu.
Aliff bagaimanapun tidak menjelaskan secara lanjut berkenaan perkara itu, dan telah memadam ciapan tersebut.
Pada 16 Mei, Aliff dan Bella sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur susulan kontroversi mendakwa penyanyi kelahiran Singapura itu sering curang.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun.
Sementara itu, Aliff juga dilihat meluahkan perasaan rindu terhadap anak tunggalnya, Mohamad Ayden Adrean menerusi halaman Instagram miliknya beberapa hari lalu.
Memetik laporan Harian Metro, Bella atau nama penuhnya Dayang Nabellah Awang Astillah enggan memberi respons berkenaan status dimuat naik Aliff.
0 Comments