Semak Status BSHR Fasa Ke-3 2019 Anda Segera Samada Anda Layak Menerima Atau Tidak

Berikut dikongsikan cara membuat semakan BSH 2019 Fasa 3 bulan Ogos nanti.
Semakan boleh dibuat secara online melalui portal MyBSH.
Bagi pemohon Bantuan Sara Hidup berstatus GAGAL, anda boleh membuat permohonan rayuan bermula 1 Julai nanti. Tarikh akhir permohonan rayuan adalah pada 15 Ogos 2019. Anda boleh lihat pautan dibawah disediakan.

SEMAKAN BSH 2019

Secara ringkasnya, penerima BSH dibahagikan kepada 3 kategori yang dibezakan mengikut pendapatan isi rumah.
Bagi penerima dengan pendapatan isi rumah di bawah RM2,000 sebulan, anda akan menerima RM1,000 ke RM1,480 (bergantung bilangan anak).
Kerajaan telah menyediakan insentif tambahan sebanyak RM120 bagi setiap anak di bawah 
umur 18 tahun.
Namun kadar tambahan ini dihadkan cuma untuk 4 orang anak melainkan anak OKU tiada had dikenakan.

Kadar tambahan ini telah dibayar sekaligus pada pembayaran Fasa 2 Mei lalu.

Sebagai contoh — Encik Abu berpendapatan di bawah RM2,000 dan mempunyai 4 orang anak
yang layak, beliau akan menerima RM1,480 dengan pembayaran sebanyak RM300 pada fasa
pertama (Januari 2019), RM780 pada fasa kedua (Mei 2019) dan RM400 pada fasa ketiga (Ogos 2019).




Bagi penerima berpendapatan RM2,001 – RM3,000, kadar bayaran BSH yang anda akan terima sekitar RM750 – RM1,230.

Bagi penerima berpendapatan RM3,001 – RM4,000, anda akan terima RM500 – RM980 
Bantuan Sara Hidup.

Untuk mudah faham anda boleh rujuk jadual pembayaran di bawah:



PERMOHONAN BARU & KEMASKINI

Pendaftaran BSH 2019 telah ditutup 15 Mac lalu.
Permohonan baru dijangka akan dibuka semula Februari 2020.
Secara ringkasnya, permohonan Bantuan Sara Hidup boleh dibuat secara online di portal rasmi MyBSH.
Layari https://bsh.hasil.gov.my untuk info lanjut.

Post a Comment

0 Comments