Permohonan & Semakan Program Matrikulasi KPM Sesi 2019/2020 : Mohon Sekarang !


PENGENALAN MATRIKULASI


Program Matrikulasi diwujudkan pada tahun 1998 merupakan satu program persediaan bagi pelajar Bumiputera untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara. Berdasarkan keperluan semasa bagi menampung pertambahan jumlah pelajar cemerlang, mengisi kekosongan tempat di bidang-bidang sains, profesional dan kritikal khususnya pelajar Bumiputera di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), pada tahun 1998, Yab Dato’ Sri Najib bin Tun Haji Abd. Razak, yang pada ketika itu Menteri Pendidikan telah mencetuskan idea mewujudkan Program Matrikulasi di bawah kendalian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menyeragamkan semua Program Matrikulasi/Asasi yang selama ini dikendalikan oleh IPTA.






PERMOHONAN KEMASUKAN


Permohonan ke Program Matrikulasi KPM hanya boleh dibuat menggunakan PMI (Permohonan Melalui Internet) dengan membuat bayaran di Bank Simpanan Nasional(BSN) sebanyak RM10.00 (tidak termasuk GST). Permohonan Melalui Internet (PMI) mula dibuka pada 1 Julai dan ditutup pada 30 November tahun pemohon menduduki SPM.


SOALAN LAZIM MATRIKULASI


Bolehkah saya memohon pertukaran Jurusan/Aliran selepas mendapat tawaran?

  1. Hanya pertukaran Jurusan Sains kepada Perakaunan sahaja dibenarkan. Surat rayuan perlu dihantar kepada pengarah kolej anda mendaftar.
  2. Pertukaran Jurusan Perakaunan kepada Sains tidak dibenarkan.
  3. Pertukaran dari Aliran Teknikal kepada Jurusan Sains atau sebaliknya perlu disalurkan kepada Pengarah Bahagian Matrikulasi di Putrajaya
Bolehkah saya mohon pertukaran kolej?
Tidak dibenarkan kecuali bagi kes khas seperti sakit kronik yang memerlukan rawatan berpanjangan, adik beradik kembar ditempatkan di kolej matrikulasi berlainan dan lain-lain yang munasabah. Permohonan perlulah dibuat kepada Pengarah Bahagian Matrikulasi di Putrajaya.
Siapakah yang layak memohon Sijil Matrikulasi KPM?
Semua pelajar yang telah tamat pengajian Program Matrikulasi KPM sejak tahun Sesi 1999/ 2000 layak untuk memohon Sijil Matrikulasi KPM.
Apakah syarat-syarat penganugerahan Sijil Matrikulasi KPM?
Syarat- syarat penganugerahan Sijil Matrikulasi KPM:
  1. Berdaftar sebagai pelajar Program Matrikulasi KPM;
  2. Mengambil sekurang-kurangnya tiga mata pelajaran pengkhususan dan semua mata pelajaran wajib yang ditetapkan di Program Matrikulasi KPM;
  3. Keputusan diperoleh dalam satu peperiksaan sahaja; Menamatkan pengajian Program Matrikulasi KPM dalam tempoh yang ditetapkan.
Bagaimanakah saya hendak memohon Sijil Matrikulasi KPM?
Sijil Matrikulasi KPM boleh dimohon dengan mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun di laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia www.moe.gov.my bermula pada 1 Januari 2017. Sila ikuti panduan yang disediakan dalam borang permohonan tersebut.

Bolehkah saya mendapatkan salinan gantian sekiranya saya kehilangan Sijil Matrikulasi KPM?

Boleh, dengan dikenakan bayaran penalti sebanyak RM50.




Post a Comment

0 Comments