Semakan Permohonan Rayuan UPU Lepasan STPM / Setaraf Sesi Akademik 2019/2020


Untuk makluman khas kepada semua pelajar yang telah membuat permohonan Rayuan UPU 2019/2020, kini anda boleh mula menyemak keputusan kemasukan ke UA/ IPTA/ ILKA/ Politeknik bermula 31 Julai 2019 sehingga 9 Ogos 2019.

Semakan Keputusan UPU 2019 Online

Kepada lepasan STPM Setaraf yang memohon untuk melanjutkan pengajian ke IPTA Universiti Awam (UA), Politeknik Premier, Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA bagi sesi akademik 2019/2020, keputusan Rayuan UPU bagi kemasukan peringkat ijazah sarjana muda dijangka bakal diumumkan pada 31 Julai 2019.

Cara Semakan Keputusan UPU Online


Semakan boleh dilakukan di portal rasmi UPU dan juga institusi berkaitan:

Semakan boleh dibuat pada laman pautan yang disediakan dibawah : 

  1. Layarai laman web UPU : http://upu.moe.gov.my/web/#
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan. (klik enter)
  3. Pilih kategori yang hendak disemak.
  4. Klik masuk.
NOTA: Kemungkinan laman semakan akan sedikit lembab. Ini disebabkan ianya diakses oleh ramai pengguna pada masa serentak, sebagai alternatif, boleh guna perkhidmatan SMS

Cara Semakan UPU melalui SMS.


Taip UPU<jarak> RESULT<jarak>No Kad Pengenalan dan hantar ke 15888

Permohonan Rayuan UPU 2019

Permohonan E-Rayuan hanya boleh dibuat oleh pemohon yang tidak berjaya mendapat sebarang tawaran sahaja iaitu pemohon yang telah mengemukakan permohonan awal sebelum tarikh tutup permohonan UPU online.
  • Rayuan Dibuka : 31 Julai 2019
  • Rayuan Ditutup : 9 Ogos 2019

Sila semak rayuan Upu anda disini : Klik Disini 

Semoga perkongsian artikel ini dapat memberi manfaat dan memudahkan pelajar menyemak keputusan upu masing-masing.. Selamat Maju jaya..

Post a Comment

0 Comments