Cara Untuk Menyemak Status e-Kasih Anda Secara Online





eKasih merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang diterima.

Komponen data eKasih terdiri daripada maklumat asas Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR), maklumat Lokasi, Kediaman,Pendidikan, Kemahiran dan Pekerjaan, Pemilikan Harta, Kesihatan, Pendapatan serta Bantuan.




Antara ciri-ciri utama eKasih adalah:
  1. Semakan status kemiskinan secara online
  2. Penyelarasan maklumat bantuan
  3. Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online
  4. Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per kapita
  5. Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan
  6. Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan
Untuk semakan penerima REBAT BIL ELEKTRIK secara PERCUMA sila KLIK DISINI untuk maklumat lebih lanjut

Baca juga :
  1. Cara Permohonan Pendaftaran OKU dan Kategori-kategori OKU
  2. Cara menyemak Bantuan Kebajikan Warga Emas secara online
  3. Tarikh Pembayaran Fasa Ke-3 Bantuan Sara Hidup (BSH 2018)


Modul-modul yang terdapat dalam eKasih adalah Modul Semakan, Pendaftaran, Kemaskini, Laporan, Pangkalan Ilmu, Sokongan, Pemakluman Kemiskinan dan SPB.

Semakan

  • Menyediakan kemudahan semakan melalui pelbagai jenis carian

Pendaftaran

  • Menyediakan kemudahan pendaftaran kemiskinan, bantuan, agensi dan pengguna

Kemaskini

  • Menyediakan kemudahan pengemaskinian Ahli Isi Rumah (AIR) dan bantuan

Laporan

  • Menyediakan kemudahan paparan laporan secara dinamik atau senarai laporan eKasih


Untuk melakukan semakan secara online seperti keterangan dibawah :




Langkah 1 :

Sila masukan nombor kad pengenalan anda tanpa meletakkan tanda sengkang (-) Contoh: 830128125695



Langkah kedua :

Keterangan semakan seperti begini jika sekiranya nama anda sudah berdaftar dalam sistem e-kasih, jika nama anda tidak wujud dalam senarai sila daftar segera.

layari https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx untuk pendaftaran secara online sekarang !

Post a Comment

0 Comments