Semakan Kad Siswa BPPT 2021/2022 Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi






Berita gembira buat penuntut insitut pengajian tinggi awam / swasta, kerajaan telah bersetuju untuk menyalurkan bantuan kad siswa BPPT 2019 sebanyak RM100.
Bantuan pelajar pendidikan tinggi tersebut akan disalurkan penghujung Mac depan menggunakan mekanisme sedia ada iaitu kad debit Bank Rakyat.
Syarat kelayakan untuk memohon kad siswa ini akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan dalam masa terdekat.
BPPT dikatakan telah ditambah baik dari sistem baucar buku sebelum ini walaupun nilai KADS1M dahulu RM250 seorang.
Dan yang pastinya, sesiapa yang telah mendapat bantuan BPPT tidak layak memohon Bantuan Sara Hidup termasuk BSH Bujang.





SYARAT KELAYAKAN

Memandangkan bantuan tersebut masih menggunakan mekanisme yang sama, jadi syarat kelayakan untuk memohon BPPT 2019 tidak jauh beza berbanding KADS1M sebelum ini.
Antara syarat permohonan baucar buku sebelum ini ialah:
  • Warganegara Malaysia; dan
  • Berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa atau separuh masa pada tarikh 31 Disember 2019 di institusi pendidikan di Malaysia

SEMAKAN KAD SISWA BPPT 2019


Semakan Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi ini boleh dibuat di portal rasmi Bank Rakyat.

Hanya masukkan nombor IC untuk semakan.

PROSEDUR PERMOHONAN BANTUAN PELAJAR PENDIDIKAN TINGGI

Berikut dikongsikan prosedur permohonan BPPT 2019:
  1. Isi borang ePermohonan di Bank Rakyat
  2. Status permohonan akan disahkan melalui emel
  3. Kunjungi cawangan Bank Rakyat berdekatan untuk mengambil kad siswa
  4. Masukkan nombor pin sebenar semasa proses pengambilan kad
  5. Lengkapkan pendaftaran perbankan Internet

Anda dokumen yang diperlukan untuk memohon bantuan ini termasuklah:
  • MyKad (Asal & 1 Salinan)
  • Kad Pelajar (Asal & 1 Salinan)
  • Surat Kebenaran dari Ibu / Bapa / Penjaga
  • 1 Salinan MyKad Ibu / Bapa / Penjaga
  • Sijil Kelahiran / Sijil Anak Angkat Pelajar / Pelanggan (Asal & 1 Salinan)
Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat kami ditalian 1-300-80-5454
Permohonan kad siswa BPPT terbuka kepada semua pelajar warganegara Malaysia dari Institusi Pengajian Tinggi awam dan swasta dalam dan luar negara di bawah seliaan
  • Kementerian Pendidikan Tinggi.
  • Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Kementerian Sumber Manusia.
  • Institusi Pendidikan Guru Malaysia.
  • Lain-lain kementerian yang ditentukan oleh KPDNKK.
Berikut merupakan kenyataan media rasmi tentang Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi 2019 dari Kementerian Pendidikan Malaysia.





Post a Comment

0 Comments