Permohonan Rayuan BSH Khas Kepada Yang Tidak Lulus Sebelum ini : Lihat Sekarang !


Berikut maklumat terkini cara membuat permohonan rayuan BSH 2019 melalui sistem MyBSH. Rayuan Bantuan Sara Hidup ini akan dibuka kepada umum bermula 1 Julai hingga 15 Ogos nanti.

Baca juga : 
Semak Status BSHR Fasa Ke-3 2019 Anda Segera Samada Anda Layak Menerima Atau Tidak
Namun rayuan ini tidak layak sekiranya anda tidak memenuhi syarat permohonan BSH 2019. Antaranya:
  1. Berpendapatan melebihi RM4,000 sebulan
  2. Menetap di luar negara
  3. Pasangan bukan warganegara / ibu bapa tunggal / janda / duda yang tidak mempunyai anak
  4. Gagal mengemukakan dokumen sokongan semasa membuat permohonan
  5. Memiliki dua atau lebih perniagaan milikan tunggal
  6. Memilik Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
  7. Pemegang saham / pengarah syarikat
  8. Memiliki kenderaan dalam negara melebihi 2,000cc
  9. Memiliki kenderaan luar negara melebihi 1,400cc
  10. Memiliki motosikal melebihi 500cc
  11. Transaksi milikan hartanah melebihi RM500,000

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA HIDUP

Sekiranya ingin membuat permohonan rayuan, pastikan anda cukup syarat seperti:
  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Lelaki / wanita yang menjadi ketua isi rumah dan berpendapatan RM4,000 sebulan ke bawah
  • Pasangan warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS)
  • Pasangan bukan warganegara Malaysia tetapi memiliki anak warganegara (Mykad / Mykid)
Hubungan anak mestilah:
  • Anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN
  • Warganegara Malaysia (mempunyai Mykad / Mykid)
  • Tiada punca pendapatan / tidak bekerja
  • 19 tahun ke atas yang masih belajar di Universiti Awam
  • OKU

PERMOHONAN RAYUAN BSH 2019

BERIKUT DIKONGSIKAN FAQ RAYUAN BSH YANG RASMI:







Sekiranya anda memenuhi syarat di atas namun gagal semasa pendaftaran Fasa 1 & 2 sebelum ini, anda boleh membuat permohonan rayuan semula.
Ketika pemberian BR1M tahun lepas, permohonan rayuan hanya untuk lima golongan berikut:

  1. Kod tidak lulus (05) – Semakan rekod agensi / maklumat pada borang mendapati pendapatan isi rumah melebihi RM4,000
  2. Kod tidak lulus (06) – Semakan rekod agensi / maklumat pada borang mendapati pendapatan melebihi RM2,000
  3. Kod tidak lulus (07) – Pemohon disenaraikan sebagai penerima Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M)
  4. Kod tidak lulus (14) – Pendapatan bulanan isi rumah yang dilaporkan pada borang melebihi RM4,000
  5. Kod tidak lulus (15) – Pendapatan bulanan yang dilaporkan melebihi RM2,000
Untuk BSH kami masih menunggu pengumuman rasmi senarai layak membuat permohonan rayuan Bantuan Sara Hidup 2019 / 2020.
Untuk maklumat lanjut anda boleh layari portal rasmi BSH di sini.
Semoga perkongsian artikel ini boleh membantu khasnya kepada sesiapa yang belum menerima bantuan sara diri yang sepatutnya anda boleh dapat. 

Post a Comment

0 Comments