13 Bidang Pengajian yang Senang Dapat Kerja Harus Anda Ketahui


Sambung belajar tanpa anda ketahui potensi kerjaya selepas tamat pengajian diibaratkan sebagai meraba dalam kelam. Ada kala terpegang nasib baik, ada kala nasib buruk. Baru-baru ini, kami di afterschool telah menjalankan kajian berkaitan pekerjaan terkini yang paling banyak ditawarkan oleh majikan. Kajian ini dibuat di laman carian kerja popular seperti laman pautan dibawah : 

Hasil kajian berkenaan, kami senaraikan bidang pekerjaan mengikut turutan permintaan paling tinggi oleh majikan. Anda juga boleh klik setiap pautan berwarna biru dibawah untuk menyemak jawatan yang ditawarkan. 

Sales/Marketing

Accounting/Finance

Computer/Information Technology


Admin/Human Resources

Services


Engineering

Manufacturing

Building/Construction


Hotel/Restaurant

Arts/Media/Communications


Education/Training

Healthcare


Sciences

Secara ringkasnya, terdapat 5 bidang pekerjaan popular teratas iaitu sales/pemasaran, perakaunan/kewangan, komputer/ teknologi maklumat, pengurusan/sumber manusia dan perkhidmatan. Kelima-lima bidang ini menawarkan ribuan kekosongan jawatan. Lihat sahaja bidang perkhidmatan, 2,880 jawatan ditawarkan. Peluang pekerjaan dalam bidang perkhidmatan ini termasuklah juga berkaitan dengan pengangkutan udara. Bagi anda yang berminat membaca perkongsian kami mengenai peluang kerjaya dalam industri penerbangan di Malaysia.
 Manakala 3 bidang yang kurang menawarkan peluang pekerjaan adalah sains, kesihatan, pendidikan/training. Hasil kajian ini, boleh dikaitkan dengan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkaitan jumlah bilangan kemasukan pelajar ke Universiti Awam (UA) melalui UPU pada tahun ini. Menurut laporan berkenaan, 5 program pengajian ijazah aliran sains paling popular adalah Bioperubatan, Sains Forensik, Pemakanan, Sains Matematik dan Dietetik manakala aliran sastera pula adalah Psikologi, Syariah (Fiqh dan Usul), Kaunseling, Usuluddin (Al-Quran & Al-Hadith) dan Pembangunan Sumber Manusia. 

 Melihat pada kenyataan media rasmi KPM itu, hanya bidang sumber manusia sahaja tersenarai dalam jawatan popular yang ditawarkan oleh majikan. Hal ini agak membimbangkan kerana untuk pengetahuan anda, salah satu punca utama masalah pengangguran di negara ini adalah program pengajian yang diambil pelajar tidak seiring dengan permintaan industri semasa. Apakah nasib pelajar selepas mereka menamatkan pengajian kelak?. Sama-samalah kita nantikan selepas tempoh 4 tahun akan datang, adakah laporan ini akan mempengaruhi statistik pengangguran negara selepas batch UPU 2018 kali ini menamatkan pengajian kelak. 
 Nasihat kami, kepada yang masih di peringkat pengajian menengah atau pra universiti, masih belum terlambat untuk membuat pilihan yang tepat. Jangan tersilap langkah dan menyesal di kemudian hari. Diharapkan perkongsian ini juga membuka mata anda dan ibu bapa terutamanya, jangan memaksa anak anda memilih bidang yang bukan merupakan keperluan industri.

Post a Comment

0 Comments