17 Jenis Pengeluaran KWSP Yang Anda Perlu Ketahui

Jenis-jenis pengeluaran KWSP Akaun 1 & 2 tanpa perlu menunggu umur bersara. Sebagai pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah penting untuk anda tahu jenis pengeluaran KWSP.

www.infosemakanonline.com

Ramai yang beranggapan bahawa KWSP hanya boleh dikeluarkan selepas anda mencapai umur bersara atau pencen. Sebenarnya maklumat/andaian itu tidak benar. Di laman website rasmi KWSP ada disenaraikan jenis-jenis pengeluaran yang boleh anda buat tanpa/sebelum umur bersara.


Kali ini kami kongsikan jenis-jenis pengeluaran simpanan KWSP anda untuk rujukan anda. Kami akan sentiasa kemaskini page ini jika ada maklumat terbaru dari masa ke semasa.

Jenis Pengeluaran KWSP Sebelum Umur Bersara

Di bawah adalah senarai kategori pengeluaran KWSP yang dibenarkan sebelum umur bersara sebagai rujukan anda.

#1. Pengeluaran Umur 50 Tahun

Pengeluaran kesemua ATAU sebahagian simpanan dari Akaun 2 apabila ahli mencapai umur 50 Tahun.
  1. Permohonan sekali sahaja
  2. Mempunyai pilihan pengeluaran sama ada:
    • Semua Simpanan Mengeluarkan kesemua simpanan secara sekaligus dari Akaun 2
    • Sebahagian Simpanan Mengeluarkan sebahagian simpanan dari Akaun 2
  3. Permohonan boleh dibuat 1 bulan lebih awal sebelum ahli mencapai umur 50 tahun

#2. Pengeluaran Umur 55 Tahun

Pengeluaran kesemua ATAU sebahagian simpanan apabila ahli mencapai umur 55 tahun. Pengeluaran pada bila-bila masa dan tiada had amaun minimum.

Kelayakan Memohon

1. Warganegara Malaysia; ATAU Bukan Warganegara
2. Berumur di antara 55 tahun hingga 59 tahun
3. Mempunyai simpanan KWSP dalam Akaun 55
4. Ahli Penjawat Awam Berstatus Pekerja Berpencen:


  • Ahli yang belum membuat Pengeluaran Skim Pengeluaran Pekerja Berpencen/Pesara Pilihan (SPPB/SPP) adalah dikehendaki untuk membuat pemohonan Pengiraan Awal Syer Kerajaan (Pre-PEN). Tujuannya bagi memastikan ahli tidak terambil bahagian syer kerajaan yang akan menjejaskan bayaran ganjaran dan pencen.
  • Jika permohonan Pengeluaran Umur 55 Tahun dan Pre-PEN dibuat serentak, bayaran Pengeluaran Umur 55 Tahun akan dibuat selepas pengiraan Pre-PEN diluluskan (Jika ada baki simpanan KWSP).

#3. Pengeluaran Umur 60 Tahun

  • Pengeluaran ini adalah peluasan kepada Pengeluaran Umur 55 Tahun sedia ada selaras
    dengan umur persaraan minimum 60 tahun
  • Pengeluaran pada bila-bila masa dan tiada had amaun minimum

#4. Pengeluaran Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan

  1. Individu Pengeluaran simpanan Akaun 2 untuk mengurang / menyelesaikan baki pinjaman perumahan yang diambil daripada institusi pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP bagi pembelian secara individu ATAU
  2. Bersama Pembelian secara bersama dengan ahli keluarga terdekat (suami / isteri, ibu bapa, ibu bapa mertua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik / individu lain ATAU membantu suami / isteri)

#5. Pengeluaran Hilang Upaya

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan semua simpanan KWSP sekiranya ahli tidak berupaya dari segi fizikal atau mental atau kehilangan keupayaan fungsional kekal untuk memperolehi pekerjaan (employability)

#6. Pengeluaran Meninggalkan Negara

Pengeluaran Ini Boleh Dimohon Oleh :
  • Warganegara Malaysia yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan untuk berhijrah ke negara lain ATAU
  • Bukan warganegara Malaysia yang telah berhenti kerja dan akan meninggalkan Malaysia

#7. Pengeluaran Pendidikan

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai yuran pengajian ahli / anak ahli (termasuk anak tiri dan anak angkat) di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam atau di luar negara.

#8. Pengeluaran Pekerja Berpencen Dan Pengeluaran Pesara Pilihan

Pengeluaran kesemua simpanan bahagian pekerja bagi ahli yang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam dan diberi taraf pekerja berpencen. Bahagian majikan akan dikembalikan kepada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP)

#9. Skim Pelaburan Ahli

Skim Pelaburan ini membolehkan ahli memindahkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan.
Ahli boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 30% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik dengan jumlah minimum pelaburan sebanyak RM 1,000.

#10. Pengeluaran Membina / Membeli Rumah

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah. Ini membolehkan ahli memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai tempat perlindungan apabila bersara.

#11. Pengeluaran Simpanan Melebihi RM 1 Juta

Pilihan kepada ahli yang mempunyai simpanan melebihi RM1 Juta mengeluarkan lebihan simpanan berkenaan untuk diuruskan sendiri oleh ahli

#12. Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan

Pengeluaran simpanan akaun 2 untuk membiayai ansuran bulanan pinjaman perumahan bagi tujuan pembelian atau pembinaan rumah

#13. Pengeluaran Kematian

Memastikan semua simpanan KWSP ahli diagih kepada penama / waris / Pemegang Amanah / Pentadbir Pusaka yang layak setelah kematian ahli.

#14. Pengeluaran Kesihatan

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai kos rawatan perubatan penyakit kritikal dan / atau pembelian peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh Lembaga KWSP yang dihidapi oleh ahli atau ahli keluarga yang dibenarkan

#15. Pengeluaran Haji

  • Kerajaan melalui pembentangan Bajet 2013 pada 28 September 2012 telah memperkenalkan inisiatif Pengeluaran Haji kepada ahli KWSP untuk membuat pengeluaran simpanan dari Akaun 2 untuk menunaikan ibadah Haji.
  • Pengeluaran Haji bertujuan menampung perbelanjaan asas mengerjakan Haji dan bukan keseluruhan kos perbelanjaan Haji. Rasionalnya, untuk memastikan pengeluaran yang dibuat tidak menjejaskan simpanan persaraan ahli.

#16. Pengeluaran Perumahan Fleksibel

  1. Pengeluaran Perumahan Fleksibel adalah proses menghadang atau mengenepikan sebahagian simpanan dalam Akaun 2 ahli ke Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel    bagi membolehkan ahli mendapatkan pinjaman perumahan yang lebih tinggi untuk membeli / membina rumah.
  2. Konsep atau kemudahan Pengeluaran Perumahan Fleksibel adalah bertujuan untuk memanfaatkan nilai simpanan/caruman KWSP sedia ada dan masa hadapan dalam pertimbangan pemberian pinjaman oleh pihak Institusi Kewangan.
  3. Berdasarkan konsep ini, caruman bulanan kepada KWSP dianggap sebagai pendapatan. Dengan ini, ahli boleh mendapat    jumlah pinjaman yang lebih tinggi kerana penilaian kredit (credit assessment) ke atas pendapatan bersih turut mengambilkira caruman KWSP (bahagian pekerja dan majikan). Oleh yang demikian,  ahli boleh membeli / membina rumah  yang lebih tinggi harganya kerana ini boleh melayakkan mereka mendapat pinjaman yang lebih tinggi untuk membiayai pembelian / pembinaan rumah.

#17. Pengeluaran Perumahan PR1MA

Membantu Ahli KWSP Memiliki Sebuah Rumah Di Bawah Skim Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) Dengan Memanfaatkan Simpanan KWSP Ahli Sedia Ada Serta Caruman Bulanan Di Masa Depan.
Nota: Untuk maklumat penuh kesemua 17 jenis pengeluaran KWSP di atas layari laman web rasmi KWSP.

Post a Comment

0 Comments