Sila Semak Adakah Anda Penerima MYTV Dekoder Secara Percuma ?

Semakan MYTV senarai penerima dekoder percuma secara online. Ramai yang tidak menyedari bahawa anda layak dan mungkin juga sudah tersenerai sebagai penerima dekoder MYTV percuma.
Kali ini kami kongsikan cara buat semakan secara online sama ada anda adalah menerima dekoder percuma MYTV atau sebaliknya.

Semakan boleh dibuat pada bila-bila masa sekarang kerana dekoder MYTV sudah diedarkan kepada penerima sejar tahun 2018 lagi.
Untuk pengetahuan anda penerima dekoder percuma MYTV adalah dipilih dari kalangan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) Jika anda adalah penerima BSH sila buat semakan segera. Mana tahu anda mungkin salah satu penerima dekoder percuma tersebut.
Berita baiknya anda boleh membuat semakan melalui dua cara iaitu secara online dan juga secara SMS.

Semakan Penerima Dekoder MYTV Online

Untuk membuat semakan penerima dekoder percuma MYTV secara online, layari  link di bawah.
Selepas anda klik link yang diberikan di atas, anda akan dibawa ke halaman/paparan seperti di bawah.
Apa yang anda perlu buat selepas itu ialah memasukkan No. Kad Pengenalan (MyKAD) diruangan yang disediakan dan tekan butang ‘Semak’.

Semakan Penerima MYTV Percuma Secara SMS

Jika anda tidak mempunyai talian/connection internet, anda boleh menggunakan aplikasi SMS. Cara ini mudah dan pantas.
Untuk membuat semakan sila ikut langkah seperti yang dipaparkan di bawah;
Taip: MYTV Dekoder<jarak><NoKP><jarak>hantar ke 15888

Senarai Siaran MYFREEVIEW

MYTV menyediakan siaran-siaran percuma (tidak berbayar) untuk saluran-saluaran TV yang tersenarai di bawah. Saluran lain yang berbayar juga sedia untuk anda langgan jika berminat dan berkenaan.
  • TV1 (HD)
  • TV2 (HD)
  • TV Okey
  • RTM Sports HD
  • RTM Bes HD
  • TV3 (HD)
  • CJ Wow Shop (Melayu)
  • CJ Wow Shop (Cina)
  • NTV7
  • 8TV
  • TV9
  • TV Al-Hijrah (HD)
  • Bernama News Channel
Dan juga siaran radio
  • Nasional FM
  • Traxx FM
  • Minnal FM
  • Ai FM
  • Klasik FM
  • Asyik FM
Semoga perkongsian info mengenai semakan MYTV senarai penerima dekoder MYTV percuma ini bermanfaat kepada anda. Sila like dan shari info ini.

Post a Comment

1 Comments

  1. Info yang bagus. Kalau anda penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) boleh buat semakan online.

    ReplyDelete