Tarikh Pembayaran RM500 Bonus Penjawat Awam 2020 Dan Pesara Kerajaan



Dalam pembentangan Belanjawan 2020 Menteri Kewangan telah mengumumkan pemberian bonus penjawat awam sebanyak RM500 dan RM250 untuk pesara kerajaan.
Bilakah pembayaran bonus ini akan dibuat?
Seperti tahun lepas, jangkaan pemberian bonus 2020 akan dibuat pada bulan Disember nanti.
Boleh jadi tarikh yang sama dengan tarikh pembayaran gaji Disember iaitu pada 24 haribulan.

Update: Bayaran khas ini akan dibuat sebelum berakhir tahun 2019. Tarikh akan dikemaskini nanti.
Pemberian bonus ini merupakan hadiah saguhati kerajaan buat semua penjawat awam termasuk pesara kerajaan yang akan menikmati bonus RM250 dan veteran tidak berpencen.
Namun hanya penjawat awam gred 56 ke bawah sahaja akan menerima insentif bonus kali ini.

Seperti tahun lepas, tiada bayaran khas Aidilfitri diumumkan dalam Belanjawan 2020.
Namun tahun lepas, bonus raya untuk penjawat awam diumumkan menjelang raya nanti.
Tahun 2018 semua kakitangan kerajaan menikmati pemberian bonus sebanyak RM1,500 di mana RM500 merupakan insentif khas Aidilfitri.
Tahun ini tiada bayaran khas Aidilfitri diumumkan.
Namun pemberian bonus sebanyak RM500 sebelum bermulanya sesi persekolahan 2020 diharapkan sedikit sebanyak membantu persediaan sekolah anak-anak.
Jika dilihat semula sejarah pemberian bonus penjawat awam, hanya pada tahun 2012 kakitangan kerajaan menikmati pemberian bonus tertinggi iaitu 1 1/2 bulan
Dalam Belanjawan 2020, LGE turut mengumumkan penambahbaikan saraan penjawat awam termasuk:
  • Menaikkan kadar bantuan sara hidup (COLA) sebanyak RM50 sebulan bagi kumpulan pelaksana dengan peruntukan tambahan sebanyak RM350 juta setahun
  • Membenarkan penebusan awal gantian cuti rehat (GCR) sebanyak 75 hari untuk ganjaran wang tunai. Bayaran gantian ini adalah bagi penjawat awam yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun
  • Menawarkan perlindungan kemalangan diri berkelompok bernilai RM100 ribu secara percuma selama dua tahun kepada peminjam baru kemudahan pinjaman perumahan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)
  • Selain itu, kerajaan juga memperkenalkan pembayaran faedah ex-gratia kematian yang akan diberikan kepada waris penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan bernilai sehingga RM150,000.
    Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) turut akan menikmati kenaikan elaun sebanyak RM2 sejam mulai 1 Jan, 2020 dengan jumlah peruntukan tambahan RM26 juta.
    Semua anggota Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat bakal menerima Elaun Khas Skim Perkhidmatan Bomba sebanyak RM200 sebulan dengan peruntukan RM35 juta bagi 2020, yang memberi manfaat kepada 14,400 anggota bomba.
    Akhir sekali bayaran secara one-off sebanyak RM500 akan diberikan kepada hampir 70,000 pemegang Pingat Jasa Malaysia yang melibatkan peruntukan RM35 juta.

Post a Comment

0 Comments