SEMAK SEGERA KADAR DIVIDEN TAHUN 2021 AKAN DIUMUMKAN. LIHAT SEKARANG !

 



Info Terkini : Kadar Dividen untuk tahun 2021 boleh mencecah 6%

Melalui beberapa perbincangan ahli ekonomi negara menjangkakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan dividen lebih menarik bagi 2021 iaitu sekitar 5.2% hingga 6%Ianya kerana didorong oleh peningkatan pendapatan pelaburan kasar dana berkenaan selain prestasi pasaran modal yang positif.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata jumlah pendapatan pelaburan kasar KWSP bagi tempoh sembilan bulan pertama 2021, meningkat sebanyak 7.7 peratus tahun ke tahun kepada RM48.02 bilion berbanding tempoh sama pada 2020.

"Atas alasan itu, ada kemungkinan kadar dividen akan datang ini jauh lebih baik berbanding 2020. Saya berpendapat, angka itu mungkin sekurang-kurangnya menyamai paras 2020 atau jauh lebih tinggi," katanya kepada Bernama.



Menurut Mohd Afzanizam, terdapat peluang bagi kadar dividen lebih baik sekiranya pendapatan korporat KWSP bagi tempoh suku keempat mencatat kenaikan.

Menurut info terkini dari Facebook rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, KWSP akan mengisytiharkan kadar dividen tahunan 2021 pada awal suku pertama tahun 2022 ini, iaitu dalam pertengahan / penghujung bulan Februari atau awal Mac. Semua ahli akan dimaklumkan mengenainya melalui media massa, termasuklah media sosial rasmi seperti Facebook dan Twitter. 

Cara Semakan Dividen KWSP

Berikut adalah langkah membuat semakan dividen KWSP online melalui i-Akaun.

  1. Layari www.kwsp.gov.my
  2. Pergi kepada ikon Login
  3. Masukkan ID & Kata Laluan yang telah didaftarkan
  4. Klik View Details di bahagian menu Dividend
  5. Perincian Dividen tahun 2020 akan dipaparkan

*Bagi anda yang belum mempunyai i-Akaun, pastkan anda daftar terlebih dahulu. Sila rujuk: Cara Daftar i-Akaun KWSP


SUMBER : Bernama

Post a Comment

0 Comments