Sila Semak Syarat Kelayakan Anak-Anak Sekolah Anda Bagi Menerima Bantuan Awal Persekolahan 2023 RM150 Seorang.

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2023


Bagi meringankan beban ibu bapa untuk mempersiapkan anak mereka bagi sesi persekolahan 2023/2024, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2023 berjumlah RM150 kepada semua murid tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa.

Ibu bapa akan menerima bantuan tersebut yang akan disalurkan pada seawal 12 Januari 2023.

Tujuan bantuan tersebut diberikan lebih awal adalah bagi membolehkan mereka mempersiapkan anak-anak dengan kelengkapan sekolah untuk sesi akan datang.

Mengenai (BAP)

BAP merupakan bantuan yang mula diperkenalkan pada tahun 2012 yang bermatlamatkan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.

Sebelum ini, jumlah bantuan yang diberikan adalah RM100 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off).

Untuk tahun 2023, jumlah bantuan ini yang akan diberikan pada 2023 adalah sebanyak RM150 bagi setiap murid.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan bantuan ini adalah seperti berikut:Murid warganegara Malaysia.
Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 yang setaraf dengannya bagi sesi persekolahan 2023/2024; dan
Murid bersekolah di:
  • Sekolah Kerajaan (SK)
  • Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
  • Sekolah Agama
  • Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan kerajaan
  • Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
  • Sekolah Integriti
  • Sekolah Henry Gurney

Kaedah Penyaluran

  • Peruntukan bantuan ini akan disalurkan ke akaun Kumpulan Wang Kerajaan sekolah dan pihak sekolah kemudiannya akan membuat agihan tunai kepada murid atau dikreditkan ke dalam akaun.


Tarikh Pembayaran

  • Peruntukan akan mula disalurkan ke akaun sekolah seawal 12 Januari 2023 dan pihak sekolah domohon membuat agihan bantuan tersebut kepada murid sejurus selepas peruntukan diterima oleh pihak sekolah.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2023, layari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu :

Post a Comment

0 Comments