“Aliff Aziz Hanya Jumpa Ayden Bila Saya…”- Bella Astilah






Pelakon Bella Astillah mendedahkan anaknya, Mohamad Ayden Adrean, 2, hanya akan berjumpa bapanya, penyanyi Aliff Aziz jika secara kebetulan dia mempunyai urusan kerja di Singapura sahaja.

Bercakap kepada HLive, Bella kini sering ke negara jiran itu kerana memenuhi jemputan serta tawaran kerja di sana.

“Saya kini banyak menerima tawaran serta undangan kerja di sana.

“Biasanya kalau ada kesempatan saya akan bawa Ayden bersama untuk berjumpa bapanya.

“Jadi setakat ini Aliff hanya berjumpa dengan anaknya bila saya datang ke sana sahaja.

“Dia okay dengan keadaan itu, selebihnya dia menghubungi menerusi panggilan video sahaja,” katanya.

Baca Juga : Baru 2 Minggu Bercerai, Aliff Aziz nak rujuk semula?



Umum mengetahui mahligai yang dibina Bella dan Aliff selama tiga tahun itu berkecai apabila suaminya itu didakwa kerap berlaku curang bersama wanita lain.

Bella memfailkan permohonan cerai secara baik terhadap Aliff pada 21 Mac lalu selepas beberapa kali tertangkap menjalin hubungan dengan wanita lain.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak, Ayden yang kini berusia dua tahun.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Sumber : http://www.gempak.com/artikel/28484/aliff-aziz-hanya-jumpa-ayden-bila-saya-bella-astilah

Post a Comment

0 Comments