Panduan & Tips Bagaimana Cara Menghalau Tikus Dalam Rumah Yang Anda Perlu Ketahui


Tikus merupakan antara haiwan yang paling menggelikan terutama bagi suri rumah. Kehadiranya terutama sekali di bahagian dapur memang mengerikan apatah lagi jika seseorang itu berada dalam keadaan bersendirian. Tentu sekali akan rasa geram dan mencari-cari bagaimana cara halau tikus dalam rumah.
Selain menjadi agen perosak, kehadiran tikus ini jika tidak dibendung mungkin boleh menjadi punca penyakit yang boleh membawa maut.

Bahaya Tikus




Secara amnya, tikus membawa kotoran serta kuman kecil yang tidak dapat dilihat dari mata kasar ke dalam rumah manusia dan akan menular melalui air kencingnya (urine) dan juga gigitannya.
Jangan terkejut sekiranya anda pernah melihat tikus dari jarak yang sangat dekat, terutama sekali di gerai makan tepi jalan. Kukunya yang kotor itu boleh merupakan penyebab penyakit mudah berjangkit.
Itu di gerai makanan. Bagaimana jika tikus itu berada dalam rumah kita sendiri.


Baca Juga : Cara halau Semut Dalam Rumah


Jadi, di sini kami akan dikongsikan petua, tips dan cara berkesan untuk menghalau tikus dalam rumah anda.
Supaya apa?
Supaya tidak ada penyakit vektor yang merebak di rumah dan kejiranan kita.
Kebanyakan tips yang dikongsikan juga ialah petua tradisional yang kosnya sangat murah. Bahan-bahan ini boleh didapati dengan mudah.

Cara halau tikus dalam rumah?



Gunakan daun pandan

Daun pandan adalah sumber wangian semulajadi untuk kediaman anda.
Tikus sangat tidak suka dengan bau pandan ini. Secara tak langsung, ianya dapat menjimatkan wang anda daripada membeli pewangi kediaman yang mahal.
Disarankan, bela sahaja dalam pasu di luar rumah. Boleh guna bila-bila, tak perlu beli di kedai.

 Gunakan sisa uncang teh

Tak kiralah, jenama BOH, Lipton atau lain-lain.
Bagi penggemar minuman teh uncang, janganlah dibuang sisa teh uncang tersebut kerana sisa teh uncang ini juga boleh menghalau tikus.
Ambil teh uncang yang sudah digunakan dan gantungkan di tempat yang selalu dilalui oleh tikus tersebut. Bau teh uncang tersebut sangat tidak disukai oleh tikus. Dengan bau itu, nescaya tikus tidak akan kembali di tempat itu.

Halau tikus dengan bela kucing

Seperti sedia maklum, kucing merupakan haiwan kesayangan Rasullah S.A.W.
Kucing bukan sahaja boleh menjadi pendamping kepada manusia, malah antara kemahiran semula jadi yang telah ada pada kucing adalah menangkap tikus. Hal ini kerana kucing merupakan musuh utama kepada tikus ini.
Untung-untung, boleh tengok kucing yang kita pelihara ‘hadiahkan‘ kita tikus depan mata!

Tips halau tikus guna buah mengkudu

Buah mengkudu banyak dimanfaatkan sebagai bahan utama pembuatan moden mahupun tradisional.  Hanya dengan memotong buah mengkudu yang tidak terlalu muda dan tidak masak, kemudian letakkan dipenjuru atau disekitar kawasan laluan tikus sebagai penghalang mereka untuk kembali ke tempat yang sama.


Buah mengkudu sebenarnya berfungsi seperti racun haiwan seperti tikus dan serangga lain. Hal ini kerana mengkudu mengandungi alizarin, fenol, glikosida, antaraquinon dan lain-lain lagi kandungan zat alam semulajadi yang aktif. Maka, hal ini menjadikan mengkudu sebagai antimikrobia, antibakteria dan anti-inflamasi.
Mengkudu juga mampu untuk melemahkan serangga dan haiwan-haiwan kecil yang lain.

 Petua halau tikus guna daun salam

Daun salam (atau juga dipanggil daun samak) sekarang bukan saja digunakan sebagai penyedap rasa makanan, tapi boleh juga digunakan untuk membasmi haiwan perosak tersebut. Juga, daun salam digunakan sebagai salah satu penawar untuk kencing manis.
Sememangnya ekstrak etanol yang terdapat pada daun salam ini sangat tidak disukai oleh tikus kerana baunya yang menyengat deria hidu haiwan ini.
Untuk menggunakannya hanya cukup taburkan daun salam ke tempat yang sekiranya dilalui oleh tikus. Tetapi, mestilah diletakkan dengan kuantiti yang agak banyak supaya tikus ini betul-betul lari dari kawasan rumah anda.

Kapur Barus

Seram juga jika memilih cara halau tikus dalam rumah dengan kapur barus. Bimbang orang ingat ada mayat dalam rumah.
Cuma, tips gunakan kapur barus untuk halau tikus memang berkesan. Kapur barus juga membantu anda menghalau haiwan perosak ini. Caranya dengan hancurkan beberapa kapur barus (kasar-kasar), kemudian taburkan di kawasan-kawasan yang menjadi lubuk tikus itu.
Cara ini cukup efektif kerana tikus sememangnya tidak suka dengan bau kapur barus yang cukup menyengat.

Letakkan daun durian belanda

Caranya dengan meletakkan  beberapa helai daun di tempat yang selalu dilalui tikus atau sarang tikus. Gantikan daun itu selepas 2 atau 3 hari sekali di tempat yang sering menjadi laluan tikus.
Letakkan juga di dalam almari pakaian.
Insya-Allah, tikus tidak akan datang lagi.

Mengusir tikus guna serai wangi

Ini antara cara halau tikus yang paling popular. Serai wangi sangat terkenal dalam menghalau serangga, begitu juga dengan tikus.
Ciri-ciri serai yang mengandungi zat penyembuhan seperti antiseptik, analgesik, diuretik, galactogogue, tonik, sedatif, antidepresan, penghalang bakteria, penghapus kulat, antimikrobial, astringen dan menghapus bauan busuk.
Oleh itu, ia bukan sahaja berfungsi bagi menghalau haiwan tetapi juga mencegah bau busuk pada badan manusia. Telah banyak produk serai wangi yang dijual di pasaran dalam bentuk serbuk, cecair dan juga kiub.
Bagi anda yang ingin menghalau tikus dengan cepat dan berkesan, letakkan atau semburkan serai wangi ke tempat laluan si tikus atau dalam lubang si tikus tinggal.

Basmi tikus dengan pasang perangkap tikus

Ramai orang telah cuba menggunakan sangkar tikus tetapi tidak berkesan.
Namun, sangkar tikus disertakan dengan jaring mungkin akan lebih berkesan. Anda boleh cuba letakkan sangkar tikus dan makanan sebagai umpan, dalam masa yang sama anda letakkan jaring di atas sangkar.
Jaring ini bertujuan untuk menjerat tikus yang tidak terkena sangkar. Bermaksud terdapat dua jerat disitu. Namun, anda harus kreatif dalam menghasilkan jerat tersebut.

Halau tikus dengan titiskan cuka

Antara cara lain untuk halau tikus ialah menggunakan cuka. Caranya cukup mudah.
Titiskan cuka ditempat yang selalu dilalui tikus. Pastikan titiskan cuka tersebut di dalam bekas kecil. Jika menggunakan kaedah ini, kena selalu ‘topup‘ semula cuka yang kita letak tadi.

Taburkan serbuk lada hitam

Ini juga petua orang lama. Lebih kurang sama dengan menggunakan cuka tadi. Hanya perlu taburkan serbuk lada hitam di kawasan yang tikus lalu.

Halau tikus guna racun tikus

Ada beberapa jenama racun yang sangat berbahaya tetapi berkesan dalam membunuh tikus dalam masa beberapa saat.
Racun tikus yang berbentuk bulat kecil seperti bijian ini boleh diletakkan dalam kuantiti yang sikit atau banyak berdasarkan bilangan tikus yang tinggal. Kita hanya perlu tabur sahaja di laluan tikus. Kalau agak-agak banyak tikus disitu, letak banyak sikit dilaluan tikus tersebut.
Tikus akan termakan dan akan mati serta merta dalam kawasan racun juga.  Jadi, senang untuk kita bersihkan kediaman dan buang bangkai tikus tersebut.
Kita tak perlu tanggung risiko terkena kencing tikus, digigit oleh tikus, perlu keluar modal untuk pest control dan sebagainya.
Cuma kelemahannya di sini, apabila tikus mati, kita yang kena buang bangkai yang amat busuk!. Kalau ada suami yang baik, boleh minta tolong dia.

Cari syarikat pest control

Cara ini kebiasaanya dilakukan oleh syarikat, kilang-kilang atau jika anda jenis yang tidak kisah untuk mengeluarkan modal yang lebih.
Cuma, tak semestinya rumah pun tak boleh upah syarikat pest control. Ada sahaja yang memberikan servis dengan kos yang berpatutan.
Cari penyedia servis ini yang benar-benar mahir agar tikus tidak akan kembali ke rumah anda.
Kebaikannya di sini, bangkai tikus yang mati, mereka yang akan buang!
Sesuai sangat untuk orang yang geli dengan tikus.

Bagaimanakah cara halau tikus mengikut Islam?

Tidak dikongsikan pula doa untuk halau tikus. Cuma perkongsian dari Ustaz Azhar Idrus, jika mengikut cara Islam, bila dapat tangkap tikus jangan bunuh dengan cara seksa haiwan itu.
Jangan sesekali bakar tikus, atau lemaskan ia dalam air. Berdosa.

Akhir kalam

Petua halau tikus
Kesimpulanya, kita kena sentiasa menjaga kebersihan terutama sekali didalam rumah. Perkongsian cara halau tikus dalam rumah ini hanyalah panduan semata-mata.
Sebenarnya, kehadiran tikus-tikus ini bermula daripada kebersihan yang tidak dijaga.
Kalau kita sentiasa menjaga kebersihan, bukan tikus sahaja, malah haiwan-haiwan perosak lain juga tidak akan mendekati kediaman kita.
Jika rumah ada semut pula, jemput baca cara halau semut yang berkesan.
Semoga bermanfaat.






Categories

Post a Comment

1 Comments