PEMBAYARAN FASA PERTAMA BANTUAN SARA HIDUP (BSH) 2020 : Semak Segera !



Seperti yang diumumkan dalam Ucapan Belanjawan 2020, Kerajaan akan meneruskan program Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi menjamin kesejahteraan ekonomi rakyat dengan membantu golongan berpendapatan rendah (B40) meringankan kos sara hidup mereka. Bagi membuktikan keprihatinan Kerajaan Pakatan Harapan terhadap golongan ini dan seterusnya memberi impak yang tinggi kepada rakyat, pembayaran fasa pertama BSH 2020 akan dilaksanakan mulai 20 Januari 2020 (Isnin) kepada penerima BSH yang berdaftar (kategori isi rumah) di dalam pangkalan data BSH 2019
SILA BUAT SEMAKAN BSH ANDA PAUTAN SEPERTI DIBAWAH :

Baki pembayaran BSH 2020 bagi kategori isi rumah akan disalurkan pada fasa kedua dan ketiga manakala bagi kategori bujang dan OKU pula akan disalurkan secara one-off pada fasa kedua.

Semoga perkongsian artikel kali ini dapatlah memberi manfaat kepada anda semua agar lebih mengetahui info-info terkini berkenaan BSH2020.

Post a Comment

0 Comments