4 Pengeluaran Khas Yang Dibenarkan Oleh Pihak KWSP


 Pengeluaran khas KWSP dibenarkan untuk 4 kategori yang telah disediakan untuk ahli / pencarum KWSP pada tahun ini. Untuk sedia maklum buat masa ini, pengeluaran khas KWSP secara bersasar tidak diluluskan oleh kerajaan. Namun terdapat kemudahan pengeluaran khas yang dibenarkan pada waktu ini.


JENIS KATEGORI PENGELUARAN KHAS KWSP YANG DIBENARKAN

Untuk makluman, para pencarum KWSP masih boleh membuat pengeluaran khas untuk tujuan peribadi tertentu. Pihak KWSP telah menyediakan kemudahan pengeluaran melalui akaun 2 dan akaun 1 selagi menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

Berikut telah disediakan 4 jenis kategori pengeluaran khas KWSP dibenarkan melalui akaun 2 untuk pencarum yang berkelayakan dan memerlukan.



(1.) PENGELUARAN PEMBELIAN RUMAH


Untuk ahli yang ingin membuat pengeluaran untuk tujuan pembelian rumah, pihak KWSP telah menyediakan kemudahan pengeluaran. Syarat pengeluaran adalah seperti berikut :
  • Pencarum / ahli KWSP
  • Pencarum yang masih mempunyai wang simpanan di dalam Akaun 2 minimum sebanyak RM500,000
  • Pencarum belum mencapai had umur 55 tahun
Kebanyakan kita, harga hartanah yang melonjak tinggi memusnahkan impian untuk memiliki rumah. Sebab itu, keputusan untuk membeli hartanah merupakan keputusan yang besar bagi ahli dan untuk merealisasikan persaraan yang selesa, kami membenarkan ahli membuat pengeluaran Akaun 2 bagi membiayai pembelian rumah.

Siapa Yang Boleh Memohon?

  • Warganegara Malaysia & Bukan Warganegara
  • Umur bawah 55
  • Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2
  • Membeli rumah kediaman*
  • Pinjaman yang diluluskan dari pemberi pinjaman yang dibenarkan** ATAU pembiayaan sendiri
  • Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan/Telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya/melupuskan pemilikan


Kategori

  • Pengeluaran individu
  • Pengeluaran bersama pasangan/ahli keluarga


Apa Yang Anda Boleh Keluarkan?




Dokumen Apa Yang Anda Perlukan?




Dokumen tambahan untuk rumah pertama atau kedua

  • Pinjaman dan pembiayaan perumahan mempunyai ciri-ciri yang mungkin berbeza bagi pembelian rumah pertama dan kedua. Jadi, ia amatlah penting untuk menyusun semua dokumen yang diperlukan bagi melancarkan proses permohonan.


RUMAH PERTAMA :

  • Pinjaman
  • Pembiayaan Sendiri


(PINJAMAN)


Suratan Hakmilik Telah Dikeluarkan


1. Bukti Pembelian

Surat Perjanjian Jual Beli

(Tarikh Perjanjian tidak melebihi tiga (3) tahun dari tarikh permohonan diterima)

Nota: Sekiranya pembelian rumah daripada keluarga terdekat (suami, isteri, ibu bapa, ibu bapa mertua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik) ahli perlu mengemukakan Bukti Transaksi pembelian iaitu Borang Pindahmilik (Borang KTN 14A /‘Memorandom Of Transfer’) yang telah disempurnakan.


2. Bukti Pembiayaan

  • Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan
                                  ATAU
  • Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan*
                                   DAN
  • Surat Perjanjian Pinjaman Perumahan/Borang Gadaian 16A/’Deed Of Assignment’/Suratan Hakmilik atas nama ahli dan telah dicagarkan kepada pemberi pinjaman

*sekiranya Kelulusan Pinjaman melebihi setahun



3. Bukti Pindah Milik

  • Suratan Hakmilik/Catatan Carian Rasmi atas nama Penjual/Surat Kebenaran Pindahmilik dari Pejabat Tanah (jika ada sekatan pindahmilik daripada pihak berkuasa)
ATAU
  • Suratan Hakmilik atas nama ahli
ATAU
  • Borang Pindahmilik KTN 14A atas nama pemilik baru yang telah disempurnakan oleh Pejabat Tanah
ATAU
  • Sekurang-kurangnya Borang Pindahmilik KTN14A telah lengkap ditandatangani berserta resit penyata perserahan oleh Pejabat Tanah


4. Bukti Pertalian

  • Sijil Perkahwinan
               ATAU
  • Sijil Kelahiran
  • Wajib untuk pengeluaran bersama suami, isteri, ibu bapa, ibu bapa mentua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik


Suratan Hakmilik Belum Dikeluarkan

1. Bukti Pembelian

  • Surat Perjanjian Jual Beli (tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)
Nota: Sekiranya pembelian rumah daripada keluarga terdekat (suami, isteri, ibu bapa, ibu bapa mertua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik) ahli perlu mengemukakan bukti transaksi pembelian iaitu Borang Pindahmilik (Borang KTN 14A /‘Memorandom Of Transfer’) yang telah disempurnakan


2. Bukti Suratan Hakmilik

  • Surat Pengesahan Daripada Pemaju Mengenai Butiran Rumah Yang Dibeli
ATAU
  • Surat Kebenaran Pindahmilik Dari Pihak Berkuasa Tempatan (jika ada sekatan pindahmilik daripada pihak berkuasa)
ATAU
  • Surat Ikatan Serahak (‘Deed Of Assignment’) di antara penjual dan ahli yang sempurna dan mesti mempunyai cop duti setem (atau mengemukakan sijil setem) 1% dari harga penjualan

3. Bukti Pembiayaan

  • Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan 
                                 ATAU
  • Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan*
                                  DAN
  • Surat Perjanjian Pinjaman Perumahan/Borang Gadaian 16A/’Deed Of Assignment’/Suratan Hakmilik atas nama ahli dan telah dicagarkan kepada pemberi pinjaman

*sekiranya Kelulusan Pinjaman melebihi setahun


4. Bukti Pertalian

  • Sijil Perkahwinan
                 ATAU
  • Sijil Kelahiran
Wajib untuk pengeluaran bersama suami, isteri, ibu bapa, ibu bapa mentua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik



(PEMBIAYAAN SENDIRI)


Suratan Hakmilik Telah Dikeluarkan

1. Bukti Pembelian

  • Surat Perjanjian Jual Beli (tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)
Nota: Sekiranya pembelian rumah daripada keluarga terdekat (suami, isteri, ibu bapa, ibu bapa mertua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik) ahli perlu mengemukakan bukti transaksi pembelian iaitu Borang Pindahmilik (Borang KTN 14A /‘Memorandom Of Transfer’) yang telah disempurnakan.


2. Bukti Pindahmilik

  • Suratan Hakmilik atas nama ahli
ATAU
  • Borang Pindahmilik KTN 14A atas nama ahli yang telah disempurnakan oleh Pejabat Tanah
ATAU
  • Borang Pindahmilik KTN14A telah lengkap ditandatangani berserta resit penyata perserahan oleh Pejabat Tanah

3. Bukti Transaksi

  • Surat Pengesahan Belian Tunai daripada Peguam yang menguruskan proses jual beli yang mengandungi maklumat butiran harta

4. Bukti Pembayaran

  • Bukti bayaran tidak kurang 20% daripada harga rumah

5. Bukti Pertalian

  • Sijil Perkahwinan
                ATAU
  • Sijil Kelahiran
Wajib untuk pengeluaran bersama suami, isteri, ibu bapa, ibu bapa mentua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik.



Suratan Hakmilik Yang Belum Dikeluarkan

1. Bukti Pembelian

  • Surat Perjanjian Jual Beli (tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)
Nota: Sekiranya pembelian rumah daripada keluarga terdekat (suami, isteri, ibu bapa, ibu bapa mertua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik) ahli perlu mengemukakan bukti transaksi pembelian iaitu Borang Pindahmilik (Borang KTN 14A /‘Memorandom Of Transfer’) yang telah disempurnakan.


2. Bukti Pemilikan

  • Surat Ikatan Serahak
Di antara penjual dan ahli yang sempurna dan mesti mempunyai cop duti setem (atau mengemukakan sijil setem) 1% dari harga penjualan.


3. Bukti Transaksi

  • Surat Pengesahan Belian Tunai daripada Peguam yang menguruskan proses jual beli yang mengandungi maklumat butiran harta


4. Bukti Pembayaran

  • Bukti bayaran tidak kurang 20% daripada harga rumah


5. Bukti Pertalian

  • Sijil Perkahwinan
               ATAU
  • Sijil Kelahiran
Wajib untuk pengeluaran bersama suami, isteri, ibu bapa, ibu bapa mentua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik.


RUMAH KEDUA

  • Pinjaman
  • Pembiayaan Sendiri


(PINJAMAN)

Keperluan utama – Suratan Hakmilik Telah Dikeluarkan/Belum Dikeluarkan

Bukti penjualan atau pelupusan pemilikan rumah pertama

Disahkan melalui salah satu daripada dokumen berikut.

  • Borang Pindahmilik KTN 14A atas nama pemilik baru yang telah disempurnakan oleh Pejabat Tanah atau sekurang-kurangnya Borang Pindahmilik KTN14A telah lengkap ditandatangani berserta resit penyata perserahan oleh Pejabat Tanah;
ATAU
  • Nota: Bagi rumah yang dipindah milik atas dasar kasih sayang (tertakluk kepada ahli keluarga terdekat sahaja iaitu suami, isteri, ibu bapa, ibu bapa mentua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik), perlu sertakan mana-mana dokumen bukti pertalian.
  • Surat Ikatan Serahak (‘Deed Of Assignment’); 
DAN 
  • Surat pengesahan daripada peguam pembeli / penjual yang mengesahkan bahawa Notis Ikatan Serahak (‘Notice of Assignment’) telah dikemukakan kepada pemaju mengikut Seksyen 22D (2) Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) Pindaan 2007 (bagi proses pembelian atau penjualan selepas 12 April 2007); 
ATAU
  • Surat Ikatan Serahak (‘Deed Of Assignment’) antara ahli dan pemilik baru yang sempurna dan mesti mempunyai Cop Duti setem (atau mengemukakan sijil setem) 1% daripada harga penjualan; 
ATAU
  • Suratan Hakmilik atas nama pemilik baru DAN Surat Perjanjian Jual Beli antara ahli dan pemilik baru; 
ATAU
  • Borang Cukai Keuntungan Harta Tanah 5/5A (‘Real Property Gain Tax’) 
DAN 
  • Surat Perjanjian Jual Beli antara ahli dan pemilik baru; 
ATAU
  • Perakuan jual oleh pentadbir tanah (KTN16I)/Perakuan jual oleh mahkamah (KTN16F); ATAU
  • Pengesahan Bank Pelelong mengenai lelongan harta ; 
ATAU
  • Penyerahan harta melalui Perintah Mahkamah kepada mana-mana pihak DAN surat cerai (bagi kes perceraian); 
ATAU
  • Carian rasmi yang menunjukkan pemilik baru harta tersebut daripada Pejabat Tanah 
DAN 
  • Surat Perjanjian Jual Beli antara ahli dan pemilik baru; 
ATAU
  • Surat Pengesahan daripada Pihak Berkuasa (Majlis Perbandaran/Majlis Daerah/Penghulu) bagi rumah musnah akibat bencana alam; 
ATAU
  • Surat Pengesahan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan/Kerajaan Negeri bagi projek terbengkalai/bermasalah/sakit; 
ATAU
  • Surat Perjanjian Pembatalan pembelian rumah pertama (‘Deed Of Revocation’ atau ‘Deed of Rescission’); 
ATAU 
  • Surat Pengesahan Pembatalan daripada pemaju / peguam; 
ATAU
  • Cukai Taksiran yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran /pihak berkuasa tempatan atas nama pemilik baru dan Surat Perjanjian Jual Beli antara ahli dan pemilik baru; 
ATAU
  • Surat pengesahan mengenai kemusnahan rumah akibat kebakaran dan mengakibatkan hilang tempat kediaman yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang dibenarkan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat/Polis Di Raja Malaysia/Pihak Berkuasa Tempatan/Majlis Tempatan/Ketua Kampung dan lain-lain yang diberi kuasa; 
DAN 
  • Dokumen tambahan seperti gambar kejadian atau lain-lain dokumen yang boleh menyokong permohonan pemohon (jika perlu).


Suratan Hakmilik Telah Dikeluarkan

1. Bukti Pembelian

  • Surat Perjanjian Jual Beli
Nota: Sekiranya pembelian rumah daripada keluarga terdekat (suami, isteri, ibu bapa, ibu bapa mertua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik) ahli perlu mengemukakan bukti transaksi pembelian iaitu Borang Pindahmilik (Borang KTN 14A /‘Memorandom Of Transfer’) yang telah disempurnakan.


2. Bukti Pembiayaan

  • Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan
                                    ATAU
  • Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan*
                                     DAN
  • Surat Perjanjian Pinjaman Perumahan/Borang Gadaian 16A/’Deed Of Assignment’/Suratan Hakmilik atas nama ahli dan telah dicagarkan kepada pemberi pinjaman
*sekiranya Kelulusan Pinjaman melebihi setahun


3. Bukti Pindahmilik


  • Suratan Hakmilik/Catatan Carian Rasmi atas nama Penjual/Surat Kebenaran Pindahmilik dari Pejabat Tanah (jika ada sekatan pindahmilik daripada pihak berkuasa)
ATAU
  • Suratan Hakmilik atas nama ahli
ATAU
  • Borang Pindahmilik KTN 14A atas nama pemilik baru yang telah disempurnakan oleh Pejabat Tanah
ATAU
  • Sekurang-kurangnya Borang Pindahmilik KTN14A telah lengkap ditandatangani berserta resit penyata perserahan oleh Pejabat Tanah


4. Bukti Pertalian

  • Sijil Perkahwinan
                 ATAU
  • Sijil Kelahiran
Wajib untuk pengeluaran bersama suami, isteri, ibu bapa, ibu bapa mentua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik


Suratan Hakmilik Belum Dikeluarkan

1. Bukti pembelian

  • Surat Perjanjian Jual Beli (tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)
Nota: Sekiranya pembelian rumah daripada keluarga terdekat (suami, isteri, ibu bapa, ibu bapa mertua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik) ahli perlu mengemukakan bukti transaksi pembelian iaitu Borang Pindahmilik (Borang KTN 14A /‘Memorandom Of Transfer’) yang telah disempurnakan.


2. Bukti Pembiayaan

  • Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan
                                   ATAU
  • Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan*
                                    DAN
  • Surat Perjanjian Pinjaman Perumahan/Borang Gadaian 16A/’Deed Of Assignment’/Suratan Hakmilik atas nama ahli dan telah dicagarkan kepada pemberi pinjaman
*sekiranya Kelulusan Pinjaman melebihi setahun


3. Bukti Hakmilik

  • Surat Pengesahan Daripada Pemaju Mengenai Butiran Rumah Yang Dibeli
ATAU
  • Surat Kebenaran Pindahmilik Dari Pihak Berkuasa Tempatan (jika ada sekatan pindahmilik daripada pihak berkuasa)
ATAU
  • Surat Ikatan Serahak (‘Deed Of Assignment’) di antara penjual dan ahli yang sempurna dan mesti mempunyai cop duti setem (atau mengemukakan sijil setem) 1% dari harga penjualan


4. Bukti Pertalian

  • Sijil Perkahwinan
                ATAU
  • Sijil Kelahiran
Wajib untuk pengeluaran bersama suami, isteri, ibu bapa, ibu bapa mentua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik.



(PEMBIAYAAN SENDIRI)


Keperluan utama –Suratan Hakmilik Telah Dikeluarkan/Belum Dikeluarkan

Bukti penjualan atau pelupusan pemilikan rumah pertama
Disahkan melalui salah satu daripada dokumen berikut.

  • Borang Pindahmilik KTN 14A atas nama pemilik baru yang telah disempurnakan oleh Pejabat Tanah atau sekurang-kurangnya Borang Pindahmilik KTN14A telah lengkap ditandatangani berserta resit penyata perserahan oleh Pejabat Tanah;
ATAU
  • Nota: Bagi rumah yang dipindah milik atas dasar kasih sayang (tertakluk kepada ahli keluarga terdekat sahaja iaitu suami, isteri, ibu bapa, ibu bapa mentua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik), perlu sertakan mana-mana dokumen bukti pertalian.
  • Surat Ikatan Serahak (‘Deed Of Assignment’); 
DAN 
  • Surat pengesahan daripada peguam pembeli / penjual yang mengesahkan bahawa Notis Ikatan Serahak (‘Notice of Assignment’) telah dikemukakan kepada pemaju mengikut Seksyen 22D (2) Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) Pindaan 2007 (bagi proses pembelian atau penjualan selepas 12 April 2007); 
ATAU
  • Surat Ikatan Serahak (‘Deed Of Assignment’) antara ahli dan pemilik baru yang sempurna dan mesti mempunyai Cop Duti setem (atau mengemukakan sijil setem) 1% daripada harga penjualan; 
ATAU
  • Suratan Hakmilik atas nama pemilik baru DAN Surat Perjanjian Jual Beli antara ahli dan pemilik baru; 
ATAU
  • Borang Cukai Keuntungan Harta Tanah 5/5A (‘Real Property Gain Tax’) 
DAN 
  • Surat Perjanjian Jual Beli antara ahli dan pemilik baru; 
ATAU
  • Perakuan jual oleh pentadbir tanah (KTN16I)/Perakuan jual oleh mahkamah (KTN16F); 
ATAU
  • Pengesahan Bank Pelelong mengenai lelongan harta ; 
ATAU
  • Penyerahan harta melalui Perintah Mahkamah kepada mana-mana pihak 
DAN 
  • surat cerai (bagi kes perceraian); 
ATAU
  • Carian rasmi yang menunjukkan pemilik baru harta tersebut daripada Pejabat Tanah 
DAN 
  • Surat Perjanjian Jual Beli antara ahli dan pemilik baru; 
ATAU
  • Surat Pengesahan daripada Pihak Berkuasa (Majlis Perbandaran/Majlis Daerah/Penghulu) bagi rumah musnah akibat bencana alam; 
ATAU
  • Surat Pengesahan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan/Kerajaan Negeri bagi projek terbengkalai/bermasalah/sakit; 
ATAU
  • Surat Perjanjian Pembatalan pembelian rumah pertama (‘Deed Of Revocation’ atau ‘Deed of Rescission’); ATAU Surat Pengesahan Pembatalan daripada pemaju / peguam; 
ATAU
  • Cukai Taksiran yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran /pihak berkuasa tempatan atas nama pemilik baru dan Surat Perjanjian Jual Beli antara ahli dan pemilik baru; 
ATAU
  • Surat pengesahan mengenai kemusnahan rumah akibat kebakaran dan mengakibatkan hilang tempat kediaman yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang dibenarkan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat/Polis Di Raja Malaysia/Pihak Berkuasa Tempatan/Majlis Tempatan/Ketua Kampung dan lain-lain yang diberi kuasa; 
DAN 
  • Dokumen tambahan seperti gambar kejadian atau lain-lain dokumen yang boleh menyokong permohonan pemohon (jika perlu).

Suratan Hakmilik Telah Dikeluarkan

1. Bukti Pembelian

  • Surat Perjanjian Jual Beli (tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)
Nota: Sekiranya pembelian rumah daripada keluarga terdekat (suami, isteri, ibu bapa, ibu bapa mertua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik) ahli perlu mengemukakan bukti transaksi pembelian iaitu Borang Pindahmilik (Borang KTN 14A /‘Memorandom Of Transfer’) yang telah disempurnakan.


2. Bukti Pindahmilik

  • Suratan Hakmilik atas nama ahli
ATAU
  • Borang Pindahmilik KTN 14A atas nama ahli yang telah disempurnakan oleh Pejabat Tanah
ATAU
  • Sekurang-kurangnya Borang Pindahmilik KTN14A telah lengkap ditandatangani berserta resit penyata perserahan oleh Pejabat Tanah

3. Bukti Transaksi

  • Surat Pengesahan Belian Tunai daripada Peguam yang menguruskan proses jual beli yang mengandungi maklumat butiran harta

4. Bukti Pembayaran

  • Bukti bayaran tidak kurang 20% daripada harga rumah

5. Bukti Pertalian

  • Sijil Perkahwinan
                 ATAU
  • Sijil Kelahiran
Wajib untuk pengeluaran bersama suami, isteri, ibu bapa, ibu bapa mentua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik


Suratan Hakmilik Belum Dikeluarkan

1. Bukti Pembelian

  • Surat Perjanjian Jual Beli (tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)
Nota: Sekiranya pembelian rumah daripada keluarga terdekat (suami, isteri, ibu bapa, ibu bapa mertua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik) ahli perlu mengemukakan bukti transaksi pembelian iaitu Borang Pindahmilik (Borang KTN 14A /‘Memorandom Of Transfer’) yang telah disempurnakan.



2. Bukti Pemilikan

Surat Ikatan Serahak
  • Di antara penjual dan ahli yang sempurna dan mesti mempunyai cop duti setem (atau mengemukakan sijil setem) 1% dari harga penjualan

3. Bukti Transaksi

  • Surat Pengesahan Belian Tunai daripada Peguam yang menguruskan proses jual beli yang mengandungi maklumat butiran harta

4. Bukti Pembayaran

  • Bukti bayaran tidak kurang 20% daripada harga rumah

5. Bukti Pertalian

  • Sijil Perkahwinan
               ATAU
  • Sijil Kelahiran
Wajib untuk pengeluaran bersama suami, isteri, ibu bapa, ibu bapa mentua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik


(CARA BAYARAN)


Bayaran Dalam Negara

  • Bayaran penuh dalam Ringgit Malaysia (RM) akan di kredit ke dalam akaun anda
*Jika anda ada akaun aktif dengan bank panel kami dan nombor pengenalan sama dengan rekod bank

  • Anda akan diberi Cek Jurubank
*Jika bayaran ke akaun anda gagal


Bayaran Luar Negara

  • Bayaran penuh akan di buat melalui Draf Bank Asing di dalam mata wang pilihan anda
*Jika mata wang pilihan anda terdapat di dalam senarai mata wang yang disahkan

  • Bayaran penuh akan di buat melalui Draf Bank Asingdi dalam mata wang US Dolar
*Jika mata wang pilihan anda tidak terdapat di dalam senarai yang disahkan


PERINGATAN PENTING !

1. Mengesahkan dokumen anda 

  • Pastikan SEMUA salinan dokumen disahkan dan diakui oleh orang yang diberi kuasa. (lengkap dengan nama, jawatan dan cop rasmi melainkan dokumen yang memerlukan pengesahan oleh pegawai KWSP)

2. Pastikan bank panel anda

  • Rujuk kepada senarai bank panel KWSP untuk kredit terus ke dalam akaun simpanan/semasa ahli

3. Hantar ke KWSP

  • Hantar permohonan lengkap ke kaunter KWSP terdekat atau secara mel.

4. Perlu maklumat lanjut?

  • Rujuk kepada risalah produk untuk maklumat tambahan.


(2.) PENGELUARAN PENDIDIKAN

Kepada ahli atau mempunyai tanggungan anak yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat universiti atau kolej. Sekiranya pinjaman PTPTN tidak mencukupi, anda boleh membuat permohonan pengeluaran khas pendidikan untuk menampungk kos yuran anak anda.
Pendidikan yang berkualiti merupakan kunci kepada kestabilan kerjaya sekali gus membina kehidupan yang lebih selesa untuk ahli dan keluarga ahli.

Ahli boleh memilih untuk mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 bagi membantu membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.


Apa Yang Boleh Dikeluarkan?

  • Jumlah yuran pengajian/baki pinjaman pendidikan ATAU Kesemua simpanan dalam Akaun 2 (mengikut mana yang lebih rendah)


Kos Yang Dibiayai

  • Yuran pengajian dan caj yang dikenakan oleh institusi pengajian ATAU Jumlah baki pinjaman
*Bagi pengajian peringkat Sijil Tahap 3, amaun pengeluaran yang layak dikeluarkan hanya untuk yuran pengajian sahaja tertakluk kepada jumlah baki simpanan dalam Akaun 2
  • Yuran hostel dan penginapan
  • Penerbangan sehala untuk pelajar tahun pertama yang belajar di luar kawasan/luar negara


Siapa Yang Boleh Memohon (Kelayakan)?

  • Warganegara Malaysia & Bukan Warganegara
  • Berumur 55 tahun ke bawah
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun 2
  • Masih meneruskan atau telah menamatkan pengajian peringkat Sijil Tahap 3, diploma dan ke atas
  • Sedang belajar di institusi dalam negara
  • Dibenarkan untuk Ahli/Anak/Pasangan/Ibu Bapa ahli yang berhenti/gagal/tidak tamat/tarik diri daripada pengajian


Kategori

  • Pengeluaran untuk diri sendiri bagi membiayai yuran pengajian
  • Pengeluaran bersama dengan pasangan bagi membiayai yuran pengajian pasangan
  • Pengeluaran bagi membiayai yuran pengajian anak/pasangan/ibu bapa
  • Pengeluaran bersama dengan pasangan bagi membiayai yuran pengajian anak


Bila Anda Boleh Keluarkan?

  • Setiap semester atau tahun pengajian
  • Dalam masa 3 tahun dari tarikh tamat pengajian/berhenti/gagal bagi bayaran yang tertunggak di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)


Dokumen Apa Yang Anda Perlukan?

  • Mykad ATAU Dokumen Pengenalan Diri Asal
  • Surat pengesahan pendaftaran pelajar
  • Resit Bayaran Yuran Pengajian Yang Dikeluarkan Oleh IPT
  • Bayaran Balik Tiket Penerbangan (Kelayakan penerbangan sehala bagi pelajar IPT dalam/ luar negara semasa mendaftar untuk memulakan pengajian pada tahun pertama sahaja)
  • Surat kelulusan pengiktirafan kursus pengajian
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cop ibu jari gagal
  • Dokumen Bukti Pertalian Antara Pemohon dan Pelajar (sekiranya pemohon bukan pelajar)



(3.) RAWATAN KOS PERUBATAN

Kemudahan pengeluaran ini disediakan bagi ahli yang mempunyai penyakit untuk menampung kos rawatan perubatan atau alat kesihatan. Pengeluaran ini bagi ahli / pencarum KWSP yang masih belum mencapai umur 55 tahun.

Kepada ahli KWSP yang masih mempunyai baki simpanan akaun 2 boleh membuat permohonan pengeluaran untuk tujuan perbatan.


(4.) IBADAH HAJI



Pihak KWSP telah menyediakan kemudahan pengeluaran untuk ibadah haji. Pengeluaran khas ini bagi tujuan menampung pembelanjaan ibadah haji. Tetapi bukan untuk keseluruhan kos haji

Kemudahan pengeluaran ini bagi meringankan beban kos pembelanjaan ahli KWSP yang ingin menunaikan ibadah haji.

Ahli beragama Islam yang merancang untuk mengerjakan ibadat haji boleh menggunakan simpanan Akaun 2 sebagai tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji (LTH) sebagai perbelanjaan.


Siapa Yang Boleh Memohon

Keperluan :

  • Umur bawah 55 tahun
  • Simpanan di LTH tidak mencukupi
  • Dipilih untuk melakukan ibadat haji oleh LTH
  • Tidak pernah memohon pengeluaran haji


Apa Yang Boleh Dikeluarkan

  • Perbezaan jumlah kos haji dengan baki simpanan akaun LTH ahli tertakluk kepada amaun maksimum RM3,000.00
ATAU
  • Baki Akaun 2 (mengikut mana yang lebih rendah)
*Jumlah keseluruhan untuk ibadat haji yang ditentukan oleh LTH bergantung kepada kos sebenar mengikut musim haji. Untuk ahli yang mengerjakan haji untuk kali kedua dan seterusnya, perbezaan di atas tidak termasuk kos visa haji.


Apa Yang Anda Perlu


Untuk memohon, bawa bersama dokumen berikut ke pejabat KWSP terdekat:
  • MyKad
  • Surat tawaran dari LTH dengan status "DIPILIH"
  • Penyata akaun LTH yang terkini
*Ahli tidak perlu mengisi borang, hanya perlu menurunkan cop ibu jari di atas "Notis Pengesahan Permohonan Pengeluaran" sebagai bukti permohonan pengeluaran.


Terma Bayaran Balik


Jumlah pengeluaran perlu dibayar balik jika:
  • Ahli membatalkan/menangguhkan ibadat haji - jumlah penuh perlu dipulangkan semula ke KWSP
  • Ahli meninggal selepas pengeluaran dibuat - waris tidak perlu memulangkan semula dan boleh dituntut tertakluk kepada prosedur LTH terkini


SYARAT & PANDUAN PERMOHONAN

Bagi ahli KWSP yang ingin membuat pengeluaran mengikut kategori yang dibenarkan seperti diatas. Sila layari portal rasmi KWSP – DI SINI untuk semakan syarat dan panduan permohonan.

SUMBER : https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals

Semoga perkongsian artikel ini bermanfaat kepada kita semua khas kepada yang belum mengetahui maklumat ini. Terima Kasih.

Post a Comment

0 Comments