Maklumat i-Sayang Pindahan Caruman 2% Suami Khas Buat Isteri Tercinta : Mohon Sekarang!


i-Sayang merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan bagi memberi pilihan kepada suami (pemberi) untuk memindahkan 2% caruman syer pekerja yang diterima daripada majikan ke dalam akaun KWSP isteri (penerima).

Berikut adalah manfaat-manfaat yang diperolehi oleh pihak isteri jika sekiranya suami menyumbangkan Syer 2% kepada
KWSP isteri :


1. PINDAHAN 2% SYER PEKERJA SUAMI


                                                               

Pindahan Syer sebanyak  2% daripada potongan KWSP Suami setiap bulan bergantung kepada berapa gaji pendapatan suami.

Hadiah ini sebenarnya besar maknanya khas kepada para isteri yang tidak bekerja ataupun sekadar suri rumah sahaja, jika kepada yang bekerja tidak ada salahnya sumbangkan 2% potongan KWSP daripada suami-suami anda.

Walaupun sumbangan tidaklah banyak sepertimana tetapi jika dikumpulkan dalam setahun atau bertahun pasti akan kelihatan nilai ditambahkan lagi dengan kadar dividen diberikan oleh pihak kerajaan.


2. DIVIDEN TAHUNAN DIBERIKAN OLEH PIHAK KERAJAAN






Kita sedia maklum Dividen KWSP akan diberikan kepada kesemua ahli-ahli KWSP bergantung kepada kadar yang berikan oleh pihak kerajaan dari tahun ke tahun. Jika simpanan akaun 1 dan 2 mempunyai simpanan yang banyak maka dividen  yang diterima adalah besar.

Apa yang kita lihat disini 2% syer yang diterima oleh pihak isteri tidaklah banyak seperti mana potongan-potongan KWSP kepada yang bekerja tetapi dengan adanya inisiatif ini dapatlah membantu menambah nilai simpanan di hari tua kelak. 

Kepada para isteri yang mempunyai simpanan KWSP yang banyak mungkin tidaklah terasa besar nilainya tetapi kepada para-para isteri yang tidak bekerja sekian lama dan simpanan telah habis sebelum ini, sangat lah berguna kepada mereka.



3. INSENTIF KHAS*



4. BANTUAN KEMATIAN



5. PELEPASAN CUKAI





Siapa Yang Boleh Memohon

Syarat-syarat kelayakan suami (Pemberi)

  • Ahli KWSP
  • Warganegara Malaysia atau bukan warganegara
  • Belum mencapai umur 75 tahun
  • Perkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia


Syarat-syarat kelayakan isteri (Penerima)

  • Ahli KWSP
  • Warganegara Malaysia atau bukan warganegara
  • Belum mencapai umur 75 tahun
  • Perkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia


Ciri-ciri

  • Pindahan 2% caruman syer pekerja suami ke akaun KWSP isteri.
  • Permohonan adalah secara sukarela daripada suami dan pindahan akan dilakukan secara automatik setiap bulan apabila adanya caruman dari majikan yang dikreditkan ke dalam akaun KWSP suami.
  • Pindahan caruman ini tidak boleh dibatalkan kecuali berlakunya penceraian atau kematian isteri (penerima).

 

Soalan Lazim

Soalan Umum?


1. Apakah dokumen sokongan yang diperlukan semasa proses pendaftaran i-Sayang?

  • Tiada sebarang dokumen sokongan yang diperlukan semasa proses pendaftaran i-Sayang.

2. Bagaimanakah permohonan pendaftaran i-Sayang dibuat?

Permohonan pendaftaran i-Sayang dibuat secara sukarela oleh suami (pemberi) melalui dua (2) saluran berikut:
  • i. i-Akaun (Ahli); ATAU
  • ii. Pejabat KWSP yang berhampiran berserta dengan Borang Permohonan Pendaftaran i-Sayang - KWSP 16G (SY) yang telah lengkap diisi.

3. Bolehkah suami (pemberi) memohon untuk mencarum i-Sayang melebihi 2% ke dalam akaun isteri (penerima)?

  • Tidak boleh. Pindahan 2% adalah ditetapkan oleh Kerajaan.

4. Bolehkah isteri (penerima) memohon untuk memindahkan caruman ke dalam akaun KWSP suami (pemberi)?

  • Tidak boleh. Inisiatif i-Sayang hanya membenarkan pemindahan caruman dibuat daripada akaun KWSP suami (pemberi) ke dalam akaun KWSP isteri (penerima).

5. Bolehkah pembatalan dilakukan terhadap pendaftaran i-Sayang yang telah diluluskan?

  • Pembatalan tidak boleh dilakukan terhadap pendaftaran i-Sayang yang telah diluluskan tanpa apa-apa sebab. Suami (pemberi) hanya boleh membuat pembatalan jika berlaku penceraian atau kematian isteri (penerima).
Nota: Sekiranya berlaku penceraian atau kematian isteri (penerima), suami (pemberi) perlu hadir segera ke kaunter KWSP untuk membuat permohonan pembatalan. Kelewatan dalam memaklumkan perkara ini kepada KWSP akan mengakibatkan pemindahan caruman terus dibuat ke dalam akaun isteri (penerima).



6. Bagaimanakah permohonan pendaftaran i-Sayang dibuat?

Permohonan pendaftaran i-Sayang dibuat secara sukarela oleh suami (pemberi) melalui dua (2) saluran berikut:
  • i-Akaun (Ahli); 
                   ATAU
  • Pejabat KWSP yang berhampiran berserta dengan Borang Permohonan Pendaftaran i-Sayang - KWSP 16G (SY) yang telah lengkap diisi.

7. Bagaimanakah suami (pemberi) boleh mendaftar i-Sayang secara dalam talian?

  • Suami (pemberi) boleh mendaftar i-Sayang melalui i-Akaun (Ahli) dengan merujuk Panduan Pengguna Pendaftaran i-Sayang.


8. Bolehkah suami (pemberi) membatalkan caruman i-Sayang melalui i-Akaun?

  • Tidak boleh. Proses pembatalan caruman i-Sayang hanya boleh dibuat di Kaunter KWSP kerana suami (pemberi) perlu kemukakan dokumen sokongan.

9. Berapa lamakah proses pembatalan caruman i-Sayang diambil?

  • Proses pembatalan caruman i-Sayang mengambil masa sebulan selepas permohonan dibuat. 

10. Apakah dokumen sokongan yang diperlukan semasa proses pembatalan i-Sayang?

Dokumen sokongan yang diperlukan semasa proses pembatalan i-Sayang adalah seperti berikut:
  • Sijil Penceraian; ATAU
  • Sijil Kematian Isteri (penerima)

11. Bilakah pemindahan caruman i-Sayang akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP isteri (penerima)?

  • Pemindahan caruman i-Sayang akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP isteri (penerima) selepas tempoh dua (2) bulan daripada tarikh penerimaan caruman syer pekerja suami (pemberi).


12. Adakah amaun pindahan caruman i-Sayang akan dipaparkan dalam penyata KWSP tahunan suami (pemberi) dan isteri (penerima)?

  • Ya, amaun pindahan caruman i-Sayang akan dipaparkan dalam penyata KWSP tahunan suami (pemberi) dan isteri (penerima) yang boleh disemak melalui i-Akaun (Ahli).

13. Bolehkah suami (pemberi) menuntut kembali caruman yang telah dipindahkan ke dalam akaun KWSP isteri (penerima)?

  • Tidak boleh. Caruman yang telah dipindahkan ke dalam akaun isteri (penerima) tidak boleh dipindahkan kembali ke akaun suami (pemberi).

Semoga perkongsian artikel ini dapat memberi manfaat kepada anda semua agar mengetahui maklumat tentang i -Sayang yang baru-baru diperkenalkan oleh pihak kerajaan.

Terima Kasih.


SUMBER : https://www.kwsp.gov.my/ms/member/i-sayang


Post a Comment

0 Comments